Hebahan

Sunday, August 31, 2014

Wajah Ogos 2014

Cuba anda kaji sendiri mengapakah nama-nama berikut menempa sejarah tersendiri dewasa ini?? Jangan risau, TT akan beri 3 fakta trivia sebagai pemangkin... eh!

(1) Recep Tayyip Erdogan


  • Tahniah kerana menjadi Presiden Turki yang baharu menerusi pilihanraya
  • Tokoh pemimpin yang menggerakkan Turki kepada satu tahap yang membanggakan yakni mengembalikan nur Islam di bumi Turki
  • Menjadi idola banyak pemimpin politik tanahair terutama pemimpin parti pembangkang



(2) Dr. Say Shazril Shaharudin




  • Model, jurucakap juga berkerjaya sebagai doktor O&G di Hospital Serdang
  • Menjadi ikon spornoseksual (abam sado dan brader gym)
  • Yang penting, sudah pun mendirikan rumahtangga




(3) Wajah Komanwel 2014 (Glasgow, Scotland)

Hafifi Mansur - pemenang emas angkat berat




Ooi Tze Liang - pemenang emas dan perak terjun


Sabina Altynbekova - pemain bola tampar Kazakhstan yang cantik dan menarik perhatian lensa dan sesiapa sahaja





(4) Mohd Nasaruddin Mohd Yusof 


  • Anak Melayu pertama yang mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa
  • Leftenan Kolonel (B) M. Nasarudin adalah Pemenang Anugerah Nobel Keamanan
  • Kerjayanya terlibat dalam Pencegahan Senjata Kimia di seluruh dunia. Sumber



(5) Nick Kyrgios





  • Pemain tenis antarabangsa
  • Berdarah kacukan Melayu(ibu) dan Greek(ayah) berkenegaraan Australia
  • Mencipta kejutan mengalahkan pemain ternama Rafael Nadal


(6) Raja Syahiran





  • Berbakat menghasilkan bunyi chipmunk di samping bergelar beatboxer
  • Pernah mewakili Malaysia sehingga melepasi pusingan kedua Britain's Got Talent
  • Pernah menang bakat Johara dan penuntut UiTM ini juga merupakan anak didik Astro menerusi On Air (Musim 2 - yang tak mamou bersiaran...eh!)



(7) Mark o'Dea




  • Bekas anggota The London Boys yang pernah beraksi di pentas Sunway Lagoon
  • Ada saluran Youtube sendiri, gemar buat parodi dan cover version
  • Kini bergelar pengacara 8TV Quickie



(8) Alif Satar 





  • Tahun 2014 boleh dikatakan tahun paling cemerlang Alif Satar. Namanya semakin kukuh sebagai penyanyi dan pengacara yang disegani.
  • Deretan lagu seperti Jangan Nakal, Lelaki Seperti Aku, Akhiri Penantianku serta rancangan seperti Idola Kecil, Sukalattew merupakan punca graf populariti beliau meningkat
  • Akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi bersama gadis pilihan



(9) Pelakon pelapis yang semakin menyerlah bakat mereka, kehadiran mereka semakin dirasai

Hafeez Mikhail 

  • Muka persis Mark Adam kah?
  • Anak didik Michael Ang
  • Mula membintangi drama seperti Banglo Seksyen 2, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Nang Nok dll




Amyra Rusli





  • Mula terkenal kerana gosip (datang lambat ke set serta percintaan dengan Dazrin)
  • Mula menyerlah setelah membintangi Oh My English musim baru di samping beberapa drama TV di samping menjadi jurucakap Aurawhite menggantikan Hanez Suraya
  • Kemuncaknya, ekoran perkahwinannya bersama Dazrin yang terpaksa ditangguhkan (ada sumber kata dibatalkan terus??) menjadi buah mulut



(10) Aimi Najwa Jul Baharin
  • Wak Doyok versis perempuan
  • Ikon fesyen yang berat kepala
  • Tak boleh tepek gambar... nanti kena saman! Eh! (tapi korang Google Image lah..pastu gelak sorang-sorang)

p/s : Happy 57th birthday Malaysia!  Cantik logo...sedap lagu tema..janji ditepati! Eh! Di sini lahirnya sebuah cinta

Monday, August 25, 2014

Langkah Kejung

Ceritera Selangorku
Negeri antah berantah
Hendak bertukar pemerintah
Bendahara yang gagah
Kini dipangkah

Semua gara-gara Bendahara
Jawatan bikin huru-hara
Rakus haloba kian bertakhta
Dirampas..direbut..dijerut..
Rapuh berpakat bikin ribut

Bermulanya kisah, suatu ketika 
Dicaci dihina seberang sana
Gagap.. tak tahu membela
Gugup.. tak pandai menjana
Lesu, kontang...sampah percuma

Itulah kuman di seberang lautan
Gajah di depan dibutakan mata
Lalu gajah bertempur sesama
Pelanduk tersepit di tengah cuma
Ikan masih bernyawa-nyawa

Lalu Kajang mula melangkah
Membujur lalu, melintang patah
Amanah bukan untuk bertelagah
Juga bukan untuk bermegah
Jangan dibiar makar bermukah

Langkah Kajang dramatis
Oportunis atau prejudis
Optimis atau pesimis
Rangkaan pakar strategis
Jangkaan tukang idealis

Matlamat telah tersasar
Langkah takkan terkejar
Kendongan jangan tercicir
Berlari pilih jalan sukar
Anugerah tuhan berakhir di bar

Langkah mula kejang
Tak mampu berlari lagi
Tak daya bersaing lagi
Melompat lebih tinggi
Jengkel jengket di kaki

Langkah beronar
Hilang rasa sabar
Jalan berliku onak
Proksikan isteri anak
Nyata amat terdesak
Bikin ulamak tersedak

Langkah kaku..makin kejung
Silap langkah salah hitung
Musuh mula pasang pasung
Nyalakan sentimen pekung
Simbah sampai rentung

Bendahara akhirnya diterajang
Dibuang dilondeh ditelanjang
Dicanang salah berkajang
Namun masih ada yang sayang...
Siapa lagi.. lalang yang malang

Di sana sudah main rentak berbeza
Bertukar darjah, berubah wajah
Dulu lemah.. kini dijulang megah
Tiap malam wajah terpampang
Penonton mohon diberi pelempang

Langkah Kajang, langkah kecundang??
Tragedi sembilan delapan berulang?
Ini kalilah~ nyah kau petualang
Ini Khalidlah...kau pecat satu... enam aku buang!
Gigit jari cik adik cik abang

Langkah sumbang, tak ikut irama
Lari tempo.. lari bertempur
Langkah mula berterabur
Bersepah hancur berkecai
Semuanya salah lantai

Langkah kanan, tidak berkenan
Silap percaturan tak heret Sultan
Kuasa veto ada di tangan
Mula meroyan, meratib, meraban
Baru terlepas Tanjung Rambutan

Langkah kiri berasa iri
Musuh di sana memasang impi
Khazanah mewah akan kembali
Pusingan Mat Said, pusingan U
Terhempas bak pesawat 17
Hilang akal bagai 370

Langkah Kajang, sudah disanggah
Rakyat belum bertelagah
Cuma sudah dibasahi resah
Pemimpin tak kisah
Demam tak kebah

Selangkah mara cuma seketika
Meniskus ralat di mata
Pencetus gelodak di jiwa
Dayuskah diarah Ratu Kipas?
Atau kekanda Waria?

Ayuh dendang pantun melayu
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang Damak mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang Damak musafir lalu

Berulang kisah Sri Mersing
Damak itu Khalid ?
Awang Sulung anugerah tuhan ?
Pak Malau itu perempuan ?
Sri Mersing, negeri rebutan

Langkah Kajang sudah terhenti
Di sana menunggu di sini menanti
Di situ Tuhan telah menguji
Siapa ingkar siapa patuh
Ini himah kemenangan ditangguh


Sunday, August 24, 2014

Maya & gigi


Suatu hari.. kakak Maya mengadu.
Sakit mulut.
Dia tak mahu makan.
Langsung!

Biar perut kosong?
Isy.. mana boleh.
Dia memang tak mahu makan apa-apa.
Sakit mulut punca utama.

Bukan sakit mulut sayang...
Kakak sakit gigi.
Ummi yang bagi Walid tahu.
Ummi yang periksa mulut
Kakak nganga tak luas
Tapi dah nampak macam berlubang

Ya! Gigi Maya berlubang
Itulah... suka sangat makan coklat
Kata Walid
Itulah... bagi lagi anak makan coklat
Kata Ummi
Itulah.. inilah.. begitu banyak alasan
Sekarang kita cari jalan

Telefon kampung
Takut-takut ada kaedah tradisi
Petua hilang sakit gigi
Cengkih memang berkesan
Tapi pahitnya.. kakak tak boleh tahan

Hubungi kawan-kawan
Yang dah punya anak berderet
Ke klinik gigi kena seret
Kata mereka
Tapi, ada fasiliti untuk anak kecilkah?
Dua tahun ke bawah?
Boleh tampal kah?

Kami cuba..
Kami redah..
Ke puncak Bangi..
Alan Adlan destinasi
Ternyata sukar
Susahnya kakak nak buka mulut
Doktor dah habis pujuk
Dapat belon.. bukan coklat
Kami tak penat
Cuma lelah
Berserah

Ah! Tak payah buang masa?
Masa ini memang untukmu
Anak-anak yang disayang
Ditatang.. sampai besar panjang
Tak rasa rugi habiskan masa
Berkejar sini sana
Dapatkan klinik lain pula
Bukan calang-calang
Pakar..ahli bidang
Nasihatnya satu
Biasa!

Biasakan anak-anak kita
Dengan doktor mahupun misi
Mesra persekitaran
Biar hilang kegusaran
Pergilah kebimbangan
Aduh.. sudah tak tahan!
Cepat kita buat pemeriksaan
Buat saja di klinik kerajaan
Jimat masa dan kewangan

Kali pertama datang, buka mulut cuma
Kali kedua berjaya diperiksa
Seterusnya.. sudah mula selesa
Jatuh suka.. dengan yang ada
Kakak beri kerjasama

Syukur.. lubang sudah bertampal
Gosok gigi jangan ditinggal
Biasakan dan jangan nakal-nakal
Sampai tumbuh gigi kekal
Cantik.. bersih dan kental

Sudah boleh ucap selamat tinggal
Rasa kesakitan sudah kebal
Syukur kakak sudah senyum lebar


{ Kesimpulannya, kita kena biasakan anak-anak kita dengan persekitaran klinik gigi. Bermula dari doktor, misi, juga taman-taman permainan yang ada di sekitarnya (bertujuan untuk memujuk). Klinik gigi di Presint 9 ini amat membantu. Lepas ni kena kerap pergi lagi sebab ada tanda tampalan nak tercabut? }

Kongsikan gambar kenangan. Mohon sengetkan kepala.. tanda sakit gigi.. inilah usaha kami.. tanda kasih sayang kami

Saturday, August 23, 2014

Harga kemenangan atau persahabatan ??

Sepatutnya, entri ini sudah lama disiarkan, namun faktor kekangan masa.. memang amat membataskan! Sejurus kemenangan kami, ataupun ketika Piala Dunia Brazil sedang hangat.. tapi langsung tak sempat!

Kisah persahabatan... kisah persaudaraan... resipi kisah kejayaan... ramuan kisah kebanggaan.. dirangkumkan dalam satu kisah.. SAW 6!




Amboi! Jangan gelak. Ini adalah hasil suntingan sahabat-sahabat yang memang tak ada kerja! 

Ada orang tanya.. "ko tak marah ke Mus? Tak bengang?"

Jawapannya.. pada mulanya memang agak bengang lah. Sebab aku tak cari pasal, alih-alih kena serang dan tak dapat pertahankan diri serta balas balik. Namun, atas dasar persahabatan kami yang agak pelik...aku telah maafkan. Layankan saja yang termampu..

Kenapa pelik? Pertama dari segi usia dan status. Aku paling tua di kalangan mereka.. Alaa.. apa ada dengan umur? Cuma angka.. beza 3,4 tahun saja. Cuma yang pasti, status aku sebagai suami dan bapa, manakala mereka masih bujang.

Kedua dari sudut "darjat". Wah, ni bukan kisah antara 2 darjat ok. Sebab aku dan mereka (terutama si Azran gila) adalah hubungan antara pekerja(bos) dan sukarelawan(anak buah). Dah memang kita kenal dah lama.. semenjak aku bekerja di Petrosains pada tahun 2010 sehingga sekarang (hampir 4 tahun). Jadi, di manakah titik persamaannya?? Sama, dan saling memahami terutama dari segi kewangan dan juga berkongsi minat yang sama (bola sepak, sokong pasukan yang sama, Arsenal dan berfutsal)

Maka, bila dah rapat, tak logiklah kalau tak kena usik, tak kena bahan...~ mula dengan kisah Saw 6 (di atas)  berlanjutan dengan Husain Bolt bagai...




Dan inilah hasilnya... juara Futsal VAD 2014 (dan masih kena bahan) sebab aku jadi kapten pasukan Hunny!




Jadi yang mana lebih berharga? Harga persahabatan .. kenangan.. memori yang indah itu lebih berharga!

Friday, August 15, 2014

TOP 5 FFM26 (Festival Filem Malaysia ke-26)

Akhirnya.. setelah hampir 2 tahun, kemuncak Festival Filem Malaysia ke-26 akan berlangsung pada bulan hadapan (17-20 September 2014 - besar kemungkinan malam kemuncak pada 20 September akan ditunda bagi menghormati tragedi MH's). Ini adalah ramalan awal TT yang "suka-suka saja". Cuba tengok entri ini. Bercitarasa juri ke idok??

Jom kita tengok siapa yang masuk senarai Top 5 dan siapa/filem apa yang tercicir ataupun juri terlepas pandang! Yang dibold pilihan TT

 1. Anugerah Poster Terbaik

#KIL 
#WaroftheWorlds:Goliath 
#Bencinta 
#BaladaPencinta 
#Kolumpo

2. Anugerah Kesan Khas Terbaik

#TandaPutera 
#Ular 
#Husin,Mon& JinPakaiToncit 
#LemakKampungSantan 
#Penanggal

 2. Anugerah Pereka Kostum / Busana

#tandaputera 
#RockOO 
#SembunyiAmukanAzazil 
#KaraKing 
#Penanggal

 3. Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

#AhmadAshraffFahmy - Lemak Kampung Santan
#PutriBalqis  - 1 Lawan 1
#RykalIskandar - Ajiboy
#NurAdriana - Bencinta
#FarrahNadiah- Bisikan Syaitan

 4. Anugerah Pelakon Harapan Wanita

#CristinaSuzanne - KIL
#UqashaSenrose - Paku Pontianak
#NelydiaSenrose - Cinderella 2013
#NadiaAqilah - Zaiton Ceritaku
#SitiSaleha - Kerat 14

5. Anugerah Pelakon Harapan Lelaki

#AhyaU - Tanda Putera
#SyukriYahaya - Ular
#KarlShafek - Zaiton Ceritaku
#SyazwanZulkifli- Juvana
#ZulAriffin - Penanggal

6. Anugerah Lagu Tema Terbaik

Aku Datang #istanbulakudatang
Tokan #tokan
Puisi Sang Dewi #lemakkampungsantan
Tanda #TandaPutera
Tika #RockOO

 7. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik

#RockOO 
#KLGangster2 
#Penanggal 
#KIL 
#SembunyiAmukanAzazil

8. Anugerah Penataan Seni Terbaik

#KIL
#SembunyiAmukanAzazil 
#Penanggal 
#TandaPutera 
#RockOo

9. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

#RuminahSidek - Kolumpo
#NormahDamanhuri - Penanggal
#AnneJames - KIL
#UmieAida - Sembunyi
#NellNg - Kolumpo

10. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

#KhirRahman - Rock Oo
#AzadJazmin - Kolumpo
#DatoRosyamNor - KL Gangster 2
#ZizanNin - Tanda Putera
#SharnaazAhmad - Juvana

11. Anugerah Pengarah Harapan

#Namron - Psiko Pencuri Hati
#SyedHussein - Langgar
#EllieSuriaty  - Penanggal
#NikAmirMustapha - KIL
#EsmaDaniel  - Zaiton Ceritaku

12. Anugerah Filem Pendek Terbaik

#Jahit
#CeritaSatuMalam
#Kekasih
#ThePillar
#MimpiMahMeri

13. Anugerah Filem Animasi Terbaik

#TheAdventureOfHoggiePinkyZeroAliAndAbu
#TheCurse
#Jinggo

14. Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik

#SembunyiAmukanAzazil 
#Tokan 
#TandaPutera 
#Papermoon 
#KLGangster2

15. Anugerah Penyunting Terbaik

#KLGangster2 
#KIL 
#Penanggal 
#InstanbulAkuDatang 
#sembunyiAmukanAzazil

16. Anugerah Cerita Asal Terbaik

#Penanggal
#Tokan
#PsikoPencuriHati
#sembunyiAmukanAzazil
#RockOo

17. Anugerah Lakon Layar Terbaik

#Penanggal
#SembunyiAmukanAzazil
#RockOo
#KIL
#KLGangster2

18. Anugerah Sinematografi Terbaik

#InstanbulAkuDatang
#KIL
#Penanggal
#TandaPutera
#sembunyiAmukanAzazi

19. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik

#DianaDanielle - Sembunyi mukn Azazil
#LisaSurihani - Istanbul Aku Datang
#Kalpana - Dhusrajanam
#UmmiNazeera - Penanggal
#SharifahAmani - Psiko Pencuri Hati

20. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik

#AzryIskandar - Penanggal
#BrontPalare - Psiko Pencuri Hati
#FaizalHussein - Longkai
#RusdiRamli - Tanda Putera
#SyedHussein - Psiko Pencuri Hati

21. Anugerah Pengarah Filem Terbaik

#EllieSuriati - Penanggal
#KabirBathia - Sembunyi Amukn Azazil
#MamatKhalid - Rock Oo
#NikAmirMustafa - KIL
#SyamsulYusof - KL Gangster 2

22. Anugerah Filem Bukan Melayu Terbaik

#Dhusrajanam
#TheWeddingDiary2
#Papermoon
#TheCollector
#TheGoldenCouple

23. Anugerah Filem Terbaik

#KIL
#KLGangster2
#Penanggal
#RockOo
#SembunyiAmukan Azazil

Secara keseluruhannya, filem Penanggal raih 15 pencalonan akhir, Sembunyi (12), KIL (11), Rock Oo, Tanda Putera (9) dan KL Gangster 2(7). Atau senang cerita... klik sini sebagai alternatif!

LLJ Ogos 2014

Sheila Abdull - Dalam Hidayah-Mu
Haiza ft. Filsuf - Kerana
The Alif - 1 nyawa
Nieyl & Sabhi Sadi - Kisah Kita
Salamiah Hasan - Mahligai Kayangan
Kaka Azraf - Pulanglah
Amylea ft. Nadia Aqilah - Siapa Diriku
Oh Chentaku ft. Altimet - Seriputeh
Fakhrul Razi - Senyuman Gelapmu
Ito ft. WARIS - Apo Nak Dikato
Alyah - Istilah Syawal
Sekumpulan Orang Gila ft. Ana Raffali - Lagu Raya
Aliff Aziz - Hati Ini
Arja Lee - Cerita Pada Mereka
Alif Satar - Setiap Hari

Saturday, August 2, 2014

CDC Julai 2014

(1) Innaa lillahi wa innaa ilaihi raji'un. Inilah ujian buat Malaysia dan dunia. Antara ujian paling mencabar. #PrayForMH17 ;  #Pray4Sabah ; #Pray4Gaza; teruskan memboikot produk-produk Yahudi.

TT : Motif orang sebarkan berita TGNA dah meninggal dunia ??

(2) Kemelut MB Selangor. Wan Azizah pilihan PKR dan DAP. Namun, Tan Sri Khalid Ibrahim pilihan PAS (Presiden, Pemuda, Dewan Ulama'). Krisis dalaman ini turut mengheret nama Dr. Zuhdi ke kancah "gila kuasa". Maka, apakh solusinya? TSKI sertai PAS selesai masalah atau tidak? Wajarkah PAS terus bersama Pakatan?

TT : Penyokong BN jangan sibuk sangat hal Selangor.. Mat Said keluar UMNO karang..

(3) Kuala Lumpur! Ibu negara Malaysia juga diuji. Ada jalan mendap membuatkan jalan runtuh di Bukit Bintang (sehingga dibuat troll). Eh, ada kereta kebal terbalik kah? Seterusnya isu Homeless ataupun golongan gelandangan yang mendapat bantuan makanan Soup Kitchen telah dihalang oleh  Ku Nan, Menteri Wilayah. 

TT: KL sunyi bila hari raya..bebas jammed

(4) Diplomat Malaysia di New Zealand, Rizalman Ismail dituduh melakukan serangan seksual ke atas Tania Billingsley. Gaza, Palestin yang terus dibedil Zionis ketika bulan Ramadhan. Briged Al-Qassam memberi tentangan.. mahu mati syahid sasarannya. Negara arab bila mahu bertindak? Malu dengan Chile!

TT : Kes bunuh Regina Soosalu melibatkan Tunku Alang Reza pula bagaimana?

(5) Al-fatihah. Belasungkawa perginya Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini. Bukan Sharifah Amani ya!

TT : Takziah buat Linda Rafar juga atas kehilangan anaknya.

(6) Piala Dunia 2014 menjadi milik Jerman. Hail hydra ke.. tiki taka ke.. tak bawa ke mana. Brazil tuan rumah dah  kena belasah. Buat malu saja. Punca?? Zuniga "lumpuh"kan Neymar! Dalam masa yang sama, pembahagian kumpulan untuk saingan Piala Malaysia telah pun selesai. Klate jupo JDT lagi.

TT : Sanchez sah milik Arsenal. 

(7) Banyak yang memilih untuk berubah ke arah positif sempena Ramadhan. Mengenakan hijab. Neelofa, Ana Dahlia, Zarema (retis ke..bff ND isteri footballer), Ziana Zain. Alhamdulillah, Felixcia Yeap kini bertukar status agamanya selaku Muslimah bernama Raisyah Rania Yeap. 

TT:  Awie blasah bini apa cer?? Bukan sebab Erra haa~

(8) Popular cara murah!! Provokasi.. kurang cerdik..cakap lepas.. maka glamorlah macam #CDM25 Kiki Kamaruddin, Sim Kwang Yung Sin dan juga Kelvin Yip atas kebodohan mereka!

TT : Motip radio Astro & fakeNil gi intebiu Kiki??

(9) The fault in our stars. Azam Ramadhan Su. Ramadan Jangan Pergi. Always A Traveller : Reclaim your heart. Antara produk yang menarik sepanjang Ramadhan. Cuma satu je pelik, ketika orang nak habis puasa, nak sambut raya, ada pulak Sukan Komanwel di Glasgow.

TT : Suka iklan raya RTM. Brunei sambut raya lambat 1 hari yakni pada hari Selasa, 29 Julai 2014.

(10) Azizul Raheem Awaluddin, bapa kepada anak-anak yang "didera" di Sweden yang sebelum ini terpenjara telahpun dibebaskan. Harga mendapatkan lesen kereta dinaikkan ??

TT : Syefura Othman (Rara) sertai DAP. Rara who??