Hebahan

Thursday, July 31, 2014

Wajah Julai 2014



(1) Belasungkawa - Perginya Biduanita Arwah Sharifah Aini



(2) Sherry Al-hadad & Zulin Aziz



Bakat mengatasi rupa paras. Juga saiz badan. Tuah ayam nampak di kaki bukan? Tuah manusia... siapa sangka, bermula dengan pengacara Festival KL, seterusnya diberi slot Diva di radio Hot.FM, kini mereka berdua sah menggantikan Zizan sebagai pengacara Melodi bersama Awal.


(3) The fault in our stars #tfios



Ini adalah contoh filem adaptasi novel yang terbaik!



(4) Mario Gotze & James Rodriguez - menyerlah ketika aksi World Cup 2014


James Rodriguez - pemenang Kasut Emas (penjaring terbanyak) termasuk gol of the tournoment!

Saksikan kesemua 6 gol tersebut;






Mario Gotze - pemain muda Jerman yang menjaringkan gol kemenangan Jerman mengatasi Argentina

(5) Mejar Muhammad Mustafa Omar menerima kotak itam pesawat MH17




(6) #CDM25 Kiki Kamaruddin vs Uncle Sim vs Sim Kwang Yung Sin (Sabahan yg ditahan kerana mengutuk pilot MH17, amat rasis dan -dan kata FB kena hacked!)










(7) Rizalman Ismail vs Tania Billingsley



Kes serangan seksual melibatkan diplomat Malaysia di New Zealand. Memalukan...~

(8) Regina Soosalu vs Tunku Alang Reza





Kes pembunuhan Altantuya berulang lagi. Kali ini melibatkan model dari Estonia. Kejadian berlaku di sebuah resort di Selatan tanahair. Khabarnya juga melibatkan orang kenamaan/kerabat. Kes masih dalam siasatan. Suspek sudah ditahan. Nak tahu cerita lebih lanjut, sila klik sini. (Isy.. cerita tahun 2012 buka habis). Hint dia ada sebagaimana di bawah :



(9) Zakia Aleip - mangsa culik


Dalam kejadian di Pulau Mabul,anggota polis marin; Koperal Ab.Rajah Jamuan, 32, mati ditembak sementara Konstabel Zakia Aleip, 26, diculik kumpulan berkenaan ketika mereka sedang bertugas membuat rondaan di kawasan resort berkenaan. Zakia merupakan mangsa culik keempat di Sabah tahun ini selepas insiden penculikan di Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, Pulau Baik, Lahad Datu dan di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, Kunak.


(10) Syefura Othman - ikut jejak langkah Dyana Sofya, gadis Melayu bertudung menyertai DAP




 

Tuesday, July 22, 2014

#Pray4Gaza | #Pray4MH17 | #Pray4both




 



Iklan raya 2014 : RTM versus Petronas

Tahun ini.. konsep #throwback menjadi pilihan iklan raya 2014. Mengimbau kenangan raya dulu-dulu. Budak-budak millennia tak dapat rasa.

Namun antara 2 iklan ini.. yang mana menjadi pilihan anda??

(a) Petronas



(b) RTM



TT pilih kedua-duanya. Cuma sayang iklan RTM tu tiada versi HD! Jalan cerita terbaik.. sebab ada unsur-unsur raya alaf baru (selfie, dll). Ada kemeriahan. Tak mahu sedih-sedih.

Tapi kalau nak juga iklan sedih, ada 1 lagi pilihan daripada Nissan. Iklan tangkap leleh lah.



Err... iklan raya TM ni macam mana?? Ok lettew~ Dah jadi 4 penjuru pulak



p/s : Iklan TNB biasa-biasa saja. Ubah lirik.. macam parodi. Tak boleh lawan iklan kukur kelapa.

Sunday, July 20, 2014

LLJ Julai 2014

Tysha Tiar - Fatamorgana
Rossa - Hijrah Cinta
Noraniza Idris - Kalimah Lebaran
Sakura ft. Adi priyo - Pelarian
Nadia Aqilah -Patah Sayap(OST #ktar)
Nora -Selamanya Bahagia
Hazama - Malaikat
David Teo ft. Cat,Fida&Zarul - Kacang
Joe Flizzow ft. Sonaone - Apa Khabar
Alif Satar ft. PU Yeop - Senyum (OST Ya Ustaz)
Nidji - Teroesir (Menunggu Karma - OST TKVDJ)
Yuna - Come Back
Afgan - Kumohon
Lufya - Doaku
Altimet ft. Trisno Trio - Hello

Monday, July 7, 2014

Afgan - Ku Mohon

Ini adalah lagu saduran (cover version) oleh Afgan, susunan muzik oleh Tohpati. Lagu asal dendangan Dato' Sheila Majid. Untuk rekod, lagu ini pernah memenangi 2 kategori penting dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) Malaysia iaitu kategori Lagu Terbaik (Mac Chew/Sheila Majid) dan Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Jenny Chin).

Yasmine (the Movie) - trailer

Ini filem Brunei..diarahkan oleh pengarah wanita Brunei, Siti Kamaluddin. Juga membariskan pelakon hebat dari Malaysia (Dian P.Ramlee, Soo Winci, Nabila Huda), Singapura (M.Nasir?), Brunei & Indonesia (teknikal/ lakon layar) juga runut bunyi, soundtrack dendangan Nidji (Menang Demi Cinta).



Hebat ke idok??

Terbaru daripada Mat Luthfi - Ramadhan (Benda yang orang Melayu selalu sebut)

Tak kenal @Matluthfi90 ?? Sila Google sekarang!

Nah.. video terkini beliau berkisar bulan Ramadhan dan "tradisi orang Melayu"

 

Siapa makan cili.. dialah yang pedas... panas...pedih~

Wednesday, July 2, 2014

CDC Jun 2014

(1) Sukan bola sepak. Peringkat antarabangsa semestinya kehangatan World Cup 2014 di Brazil. Dulu ada Paul si sotong, sekarang ada Shaheen, the camel yang telah pun terkorban Peringkat lokal, tahniah buat skuad tok gajah atas kejayaan menjulang piala FA. Dan.. akhirnya.. JDT dapat 1 piala yakni juara Liga Super. T-team dan PKNS akan turun liga. PDRM dan Felda United akan mengisi 2 slot tersebut.

TT : Motif Johor nak cuti sebab menang liga Super?? Johor FC kot..bukannya Johor FA yang menang.

(2) Berita sukan yang lain. Juara SUKMA menjadi milik Wilayah Persekutuan, rampas dari Terengganu. Tahniah kepada Fitri Saari, Pandalela Rinong dan Irfan Shamsudin dinobatkan Olahragawan, Olahragawati dan Olahragawan Harapan MASUM. Tahniah Dollah Salleh, jurulatih Harimau Malaya yang baharu.

TT : Tahniah Suwaibah Muhd. Nasir, pelari solo wanita negara dengan rekod 3333 km berakhir di Venice

(3) Kemuncak realiti; juara rancangan realiti bagi rancangan Kilauan Emas, The Band yang amat hazabedah, Ceria Pop Star 2, Idola Kecil Ultra dan Bintang Mencari Bintang 2. Nampak tak, semua peringkat umur ada pertandingan nyanyian. Sebab tu lah AF2014 akan muncul juga... walaupun... Hmm.. cuma kelainan yang dibuat RTM, program  Ikon Siarawan melahirkan pelapis pengacara.

TT : Tahniah kepada tuan rumah Malaysia.. bolot semua kategori tilawah dan hafazan peringkat antarabangsa.

(4) Global, Abdel Fatah Alsisi presiden Mesir yang baru umpama Syria di bawah Bashar Al-asad. 3 malaysian profs influential scientific mind , yakni 3 orang profesor anak Malaysia masuk dalam senarai saintis berpengaruh.  Hubungan jalinan usaha sama Malaysia-China diteruskan melalui Panda?? Nama baru Panda itu Xing Xing dan Liang Liang. Hmm.. ingatkan seekor nama Ma seekor lagi Chai. Datanglah segera ke Zoo Negara sementara masih percuma. 

TT : Dan Floria 2014.. buat kesekian kalinya ada taman melambangkan kerjasama China-Malaysia. Cuma tahun ini ada bayaran yang murah (tujuannya untuk counting & crowd control)

(5) Berita hiburan; Tahniah radio Astro AMP, Era kekal nombor 1, diikuti THR-Gegar nombor 2 dan Sinar.fm nombor 3. Erma Fatima mahukan payung emas setelah membenarkan suaminya, Bade kahwin dua. Aizat lancarkan album baru dalam bentuk piring hitam. Sangat eksklusif. Tambahan pula album berkenaan menghimpunkan lagu duet Aizat bersama Yuna, Noh, Zee Avi dan ramai lagi. Kok Ping apa cerita Kok Ping?? Terbang duduk kah?? Kah kah kah 

TT : Apa cerita ni?? Hotfm buat panggilan hangit tak jaga sensitiviti isteri Paan (Norfarhan ben10). By the way, tahniah Fafau dan Lofa berhijab ya.

(6) Semasa; Kg.Chubadak, Gombak.. tanahnya dirampas pemerintah, makcik tua yang mempertahankan haknya sepenuh jiwa raga. Kemelut cermin gelap untuk kereta berakhir dengan positif!  Isu lebuhraya KIDEX adalah punca Tan Sri Khalid Ibrahim kalah bertanding Ketua Cabang Kuala Selangor?? Ada peluang tak menang kerusi Timbalan Presiden? Moga urusan Felixcia Yeap mahu memeluk agama Islam dipermudhkan Allah. Dengarnya nama Rania menjadi pilihan. Kekasih Tasha Shilla, Han pun nak convert ker??

TT : Rombakan kabinet terkini ada wakil Cina MCA dan Gerakan.

(7) Perpindahan pemain; Bacary Sagna akan ke Etihad bermain untuk Manchester City. Liverpool sudah dapatkan Adam Lallana. Manakala Manchester United sudah mendapatkan 2 pemain, Luke Shaw dan Ander Herrera. Pasca Piala Dunia 2014 nanti, kita tunggu siapa yang akan jadi rebutan. James Rodrigues, Xherdan Shaqiri dan jug Ochoa (Quicksilver X-men..eh)

TT : Eh motif.. Cesc Fabregas nak main dengan Chelsea pulak?? Dah ada Diego Costa cukuplah kan. Tak sabar pula nak tengok Wan Zack Haikal beraksi dengan Brendan Gan & Piya.

(8) Fenomena; beberapa produk yang trending seperti Tranaformers : Age of Extinction. Drama bersiri Kerana terpksa aku relakan dengan hashtag #ktar. Filem Pengantin Malam hangat gara-gara Diana Danielle yang cemburukan Nora Danish yang memegang tangan suaminya Farid Kamil sewaktu promosi. Dan.. anda sudah menonton Malaysia Chabor dendangan Joyce Chu di Youtube?? #sukalattew .

TT : Pokok kurma berbuah di KB!! Ini realiti.

(9) Kisah kemelut keluarga; Isu Amy Search yang tahap kesabarannya dah capai kemuncak kerana kehidupan bebas anak perempuannya Nabila Huda. Farhan bekas suami Abby Abadi mendakwa dirinya dikasari secara fizikal yakni "tamparan wanita" cakar Harimau. Seterusnya kisah perkahwinan Sham Kamikaze kali kedua tidak sah

TT : Ozil pun cacah tattoo. Sedih ok.

(10) Isu hangat dan sensitif ; Pertama sekali kisah isu adik Firdaus Dullah, anak OKU yang ditinggalkan ibunya (kini telah didakwa). Di Kelantan lagi  pun ada kes yang sama mengurung OKU. Isu ini menarik perhatian Wardina yang lantang bersuara dan mengutuk kerajan. Lantas, Jabatan Agama Islam P.Pinang serbu kenduri kahwin yang didakwa melibatkan penganut Islam di kuil. Penganut Hindu pula terasa hati dengan Jimi Hendrix kerana menggunakan patung tuhan mereka untuk promosi album 1967 di muka album. Di Facebook, ada orang gila publisiti murahan (attention seeker) bernama Chow Jack yang sibuk menghina Islam.

TT : Apa kes... Air Asia tak benarkan penumpang yang mengandung (nak balik sebab kematin) menaiki pesawat.