Hebahan

Wednesday, July 31, 2013

Iklan Raya (2013)

Saban tahun, pasti iklan raya akan menjadi salah satu topik perbualan antara sanak saudara, jiran tetangga mahupun kawan taulan. Kenapa? Mungkin topik dan mesejnya menarik.

Dan antara iklan yang berada di senarai teratas semestinya daripada Petronas (terutama iklan arwah Yasmin Ahmad), Bernas (anak yatim buta), TNB (kukur kelapa) dan macam-macm lagi.

Namun tahun ini, Bernas macam tiada produk iklan. Petronas pula tidak lagi menggunakan khidmat Leo Burnet (selepas arwah YA meninggal, ada dua iklan; "tangan" dan Uzbekistan). Maka, tahun ni, maaf ya, iklan Petronas agak klise (kisah ibu dan ank dapat tawaran belajar, melalui surat pula tu)



Bukan tak best, tapi tiada kelainan. Maka, alternatifnya muncullah iklan yang lebih komikal, sinikal dan kelakar seperti ini.



Walaupun agak hazabedah, tapi okaylah..



Yang lebih kreatif...iklankan produk sendiri. Tapi macam tiada feel pula sebab produknya agak menonjol.






Tuesday, July 30, 2013

Aruhan

Aruh...bukan melawan arus
Deras dari hulu.. makin lemah ke hilir..
Salam dihulur.. disambut luhur..
Tulus mulus... waima kabur
Asa upaya tak berdaya catur
Luncurkan saja.. walau bertabur  


Aruhan.. suatu kenyataan
Yang terpahat dalam ingatan
Tercatat dalam lipatan sejarah
Kerna hakikat bukan mimpi indah
Igau.. angau.. bikin hati gundah
Jasad, jisim, jiwa terpisah  


Teraruh.. secara pukal
Juga terkesan secara total
Lenguh seliuh.. selingkuh kesal
Ralit rasa.. rencam sebal
Kalakian yakin mulai kental
Syahadan larut sebati cekal


Berpengaruh.. bukan orangnya
Menongkah arus.. itu ironinya
Paradoksinya pengaruh kian luas
Semakin rakus.. aruhan membunuh
Tanpa sedar.. tanpa sentuh.. tanpa setubuh
Ternyata gelita biar senja belum berlabuh  


Mempengaruhi jiwa separa sedar
Bukan kerja mudah arakian sukar
Situasi cemar.. warna telah pudar
Minda yg tak pasti.. memori terlakar
Pinda.. Pegunkan semua anasir liar
Kendatipun teraruh.. melata melebar
  

Aruhan itu induksi, persepsi basi meritokrasi
Arahan pemimpin diktator kuku besi
Karenah birokrasi kerah demonstrasi
Tanah ini bumi demokrasi penuh manipulasi
Moga ia hanya bunyi sunyi sebuah ilusi
Bukan realiti berpaksi fantasi

Monday, July 29, 2013

Piala Malaysia 2013 - Pembahagian kumpulan

Sudah lama berita sukan sepi di sini. Nah! Ini dia mengenai Piala Malaysia 2013.





TRIVIA

  • Kumpulan maut?? Kumpulan C  (semua bekas juara bersama penyandang ada di sini) dan juga calsh of North London (Arsenal-Spurs-Chelsea) ops East Coast!
  • Laluan mudah buat JDT? Mungkin kerana semua pasukan berstatus kelab
  • Selangor, The Red Giants ada musuh baru musim ini.. The Gladiators, ATM. Berjayakah Misi 33?
  • Adakah rekod bersih Sarawak, The Invincible akan dicakar Lions XII ? Juara Liga Super lawan Juara Liga Perdana
  • Kumpulan D juga menyaksikan reunion Kedah..di kalangan jurulatih, Azraai Khor, V.Sundramoorthy dan Robert Alberts.
  • Adakah pasukan underdog akan melakar kejutan seperti T-Team yang mara ke Separuh Akhir tahun 2011


TT : Pasukan pilihan tetap Kelantan dan Selangor~ (negeri PR! Oooops~_)

Sunday, July 28, 2013

Hiburan Ramadhan







Ok la..lagu raya



Ramadhan juga ada kontroversi

Siapa kata Ramadhan sunyi daripada kontroversi? Tahun 2013 adalah buktinya.



Di sebalik kegelisahan rakyat Malaysia menghadapi krisis perkauman (seperti isu Alvivi, lepas tu Mamat Cina kena culik,diugut dan ditinggalkan dalam keadaan separuh bogel, ada pula beberapa kes guru dibunuh/ditembak, selepas tu kisah Nyonya, aunty ni marah pekerja McD gara-gara patung "Minion" itu dan macam-macam kisah lagi), mujur Mamat Cina No. 1 ini muncul di saat yang tepat.

Belum lagi isu murid sekolah bukan Islam dikatakan makan dalam tandas. (Walaupun cerita sebenarnya, makan di bilik persalinan sebab kantin sedang direnovate!)



Paling tidak, jernih sedikit warna yang semakin dengan api kebencian. Serius, sehingga aku juga terbawa-bawa membenci bos cina di tempat kerja walaupun isunya kecil. Bila difikir semula secara waras, akal yang matang, sia-sia saja aku deactivate akaun FB aku. Kan?? Ahaks.



p/s : Ludah ke langit...takkan aku calit, buang kotoran itu.

Monday, July 15, 2013

LLJ Julai 2013

Seperti biasa, berikut merupakan 15 lagu-lagu terbaru yang menarik perhatian, menjadi pilihan TT bulan ini :)

5 Minutes - Galau
Haida - 5 Tahun Saja
Maher Zain - Ramadhan
W.A.R.I.S feat. Juzzthin - Botingkek
Motif Band - Tuhan Tolong Jagakan Dia
Firman feat. Alice - Jgn Mikirin Abang
Hyper Act - Hanya Aku (OST Teduhan Kasih)
Forteen - Kita (OST Sebenanrnya Saya Isteri Dia)
Amylea - Seperti Dia (OST Ramadhan Yg Hilang)
Altimet feat. Awi Rafael - Kalau Aku Kaya
Art Fadzil feat. Imuda - Rileks Brader
Bunkface - Agenda Jahilliah
Estranged - Anugerah Hidup
Roman - Misisku Kuza
Jac - Ikut Rentakku

Tuesday, July 9, 2013

Gerbang Ramadhan


Alhamdulillah..dapat ketemu Ramadhan lagi sekali. Moga kualiti ibadah meningkat sepanjang bulan ini. Seiring penambahan usia.. moga ia seberat pahala dan seringan dosa yang sepatutnya.


Aku mahu fokus. Cuba~

Akaun Fesbuk sudah deaktif. Mungkin secara kebetulan, aku terpalit sedikit kontroversi yang melanda di pejabat. Perasaan ralat itu amat tidak selesa sama sekali. Lagipun.. sessi "meroyan" di Twitter sudah tamat!


Harap-harap Ramadhan kali ini memang aku berpesta ibadah. Mahu bersifat lebih pemurah. Jadi pemaaf, dan pelupa. Lupakan kebaikan kita terhadap orang. Lupakan kejahatan orang terhadap kita.


Serta..ingat kesalahan kita terhadap orang, juga kebaikan orang terhadap kita. Moga kita menjadi seperti pohon jambu di tepian jalan. Dibaling dengan batu..namun menganugerahkan buah yang manis dan menyegarkan.

Monday, July 8, 2013

LLJ Suku Kedua (April-Jun) 2013

Sepanjang 3 bulan, berikut merupakan 15 lagu-lagu yang mendapat perhatian dan menjadi jadian di pendengaran TT :

Elly Mazlin - Sabarlah Hati
Suki Low - Untuk Kamu
Dayang Nurfaizah - Bisikan Rindu (OST Dahlia)
Aizat feat. Yuna - Dwi Hati
Aizat & Noh Salleh - In Love With You
Amy Mastura - Itu Dulu
Ezad Lazim - Kerna Kamu
Faizal Tahir - Biar
Nomad - Tetap Menantimu
Mila feat. Nubhan - Cinta Qaseh
Loka - Jangan Pergi
Motif Band - Tanggal 1 bulan 2
Soo Winci - Musim Asmara
Bunga Citra Lestari - Cinta Sejati
Dazrin - Kota Antara (OST Jodoh)

Sunday, July 7, 2013

CDC Suku Kedua (April-Jun) 2013

CDC Suku Kedua 2013

(1). Mala petaka - Oklahama Tornado, Tsunami dan gempa di Indonesia serta Jerebu di tanahair

(2). Pra & Pasca PRU 13 - Ini kalilah! versus GST & AES

(3). Selamat Bersara - TGNA, David Beckham, Scholes, Jamie Carragher

(4). Belasungkawa -Latifah Omar dan S.Shamsudin

(5). Sukan - Bola Sepak, saingan Liga tempatan dan antarabangsa berakhir, ada Piala Konfederasi yang dimenangi Brazil.. juga piala-piala lain seperti FA, Europa League dan Champions League. Tahniah Crdiff.. layak ke BPL (Jersi ada perkataan Malaysia tu..walaupun..) Serta kekalahan skuad badminton Malaysia di tangan Jerman (Piala Sudirman). Olahragawan/wati Kebangsaan milik Datuk LCW dan Pandalela.

(6). Anugerah "Boloq"buster.. Festival Filem Malaysia (Tahniah Bunohan!) serta Anugerah Tribut P.Ramlee (tahniah Miang Buluh Keladi Birah dan Selagi Cinta Berzikir.. juga Beto Kusyairy) juga Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 (tahniah Istanbul Aku Datang)

(7). Publisiti murahan - Kisah anak derhaka Afiq Muiz serta kantoi berkhalwat Shahz Jaszle. Juga ting tong & "ketidakbetulan" Sharifah Sakinah & Nabila Huda menerusi medium KEEK, another Zarina Anjoulie Lavocah?

(8). Comeback - Raja Ema, Wilma Muhammad, Sherry Ibrahim, dan Syura (tahniah!)

(9). Juara-juara rancangan seperti Kumpulan Wala (Raja Lawak 7), Achey (Bintang Mencari Bintang), Manifesto (Versus 2) serta Syura (Masterchef Selebriti Malaysia 2) dan tidak lupa juara Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2013, Anuar Hasin dan Hanimzah Jalaluddin

(10). Produk Fenomena

Filem - Langgar - Lari - KIL - Pecah

Drama - Sebenarnya Saya Isteri Dia, Misiku Kuza, Cinta Jangan Pergi, Teduhan Kasih, Oh, My English 2
Hari-hari Terakhir Seorang Seniman

Produk FIXI - yang pulp!


Wajah Suku Kedua 2013

Rahim Ghouse
Bobo (parodi Sayang) artis MIG 
Gwiyomi
Izzue Islam
Muhammad Assaf - Arab Idol
Candy Crush Saga
Datuk Ahmad Yakob
Keith Foo
Hafiz Zainal
Anwar Hadi (bakal pengacara Assalamualaikum Bro)
Josiah Hogan
The Apprentice Asia
Jonker Walk
Piya (Badri Radzi)
Bayern Munich

Ekstra trivia; Pencarian Versus :

Erin Malik versus Elfira Loy
Kyoto Protocol versus Oh! Chentaku
Azran Osman Rani, CEO Air AsiaX versus Richard Branson
Kakao Talk versus WeChat versus Line versus WhatsApp versus ChatOn
Kim Jong Kook (Running Man) datang Malaysia versus Fatih Seferagic Tour@Malaysia

Tuesday, July 2, 2013

Rangka

Aku merencana.. merangka dan menjangka!



Berikut merupakan entri yang akan aku nukilkan, misi si tukang tulis :

1. CDC Suku Kedua 2013

2. Wajah Suku Kedua 2013

3. LLJ Suku Kedua 2013

4. ASPAC 2013, Korea

5. Sultans of Science dalam kenangan

6. Puisi atau Rebiu

7.-untitled- rencam-

8. Ramadhan

9. LLJ Julai 2013

10. CDC Julai 2013

Aku hanya merancang dan Allah itu sebaik-baik perancang.

Monday, July 1, 2013

Panaskan enjin..


Bismillah..
3 bulan berlalu sudah...
Rasa kekok pulak dah!

Ah, ini semua gara-gara cuti
Cuti..rehat yang tak bererti
Namun..aku telah kembali


Kembali ke sini..ilham pun datang
Bergotong-royong menebas sawang
Biar tetamu datang bertandang

Datangnya bukanlah tetamu yang tak diundang
Sebaliknya mereka yang datang jarang-jarang
Sekali-sekala marilah berkubang riang


Rianglah! Kerna sawang sudah ditebas
Tanganku kebas.. mindaku terbabas
Polos...menanti corak, citra, tata rias

Rimas! Bukan soal jadian..bukan soal duit
Tapi ini soal hati..bicara ralit
Agar esok lusa tidak berbangkit

Cuit rasa syukur..kemas kini berjaya
Moga ilham terus mencurah-curah
Menjadi sebuah karya

Ya Allah..
Alhamdulillah aku Syakir
In Sha Allah dek aku hamba-Mu