Hebahan

Monday, October 29, 2012

JM : Makanan Maya



Lepas umur 6 bulan.. Maya dah boleh makan macam-macam. Campur-campur. Selalunya makanan yang tak terlalu keras. Sebab tu kena blend atau kisar. Takut nanti susah nak berak sebab najis lebih keras. Jadi kami stand-by dengan gripe water atau jus oren.



Cuma satu..ada makanan yang Maya elergi. Telur salah satu daripadanya. Satu lagi jagung. Emm..anak Walid ni kadang-kadang susah nak makan. Kena pujuk.. baru boleh makan. Ada suatu hari, Maya dehydrate. Banyak hilang air dalam badan sebab muntah-muntah & cirit birit. 3 hari masuk wad di KPJ Kajang. Lepas keluar hospital memang Maya kurang berselera. Alhamdulillah.. lepas tu makin tembam pipinya. Kakak dah makin sihat. Makin petah & cakap banyak sekarang...



Inilah dia topik biasa berkisarkan keibubapaan. Bagaimana mahu pastikan anak kita makan dengan berselera? Ada teknik yang khusus atau istimewa tak? Sebab anak-anak ni memang perangai masing-masing unik dan kita kena layan kehendak mereka tanpa rasa jelik. Ingat.. ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi bukan? Bapa borek anak rintik. Kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Kalau gurupun kencing berlari.. mungkin murid kencing sambil menari gamaknya. Renung-renungkan~


Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, October 25, 2012

Iklan.. Salam Aidil Adha 1433

Bos-bos di pejabat amat suka "bermain dengan nombor". Jangan kalkulator besar sangatlah...

Ada apa dengan nombor? Matematik, sistematik, statistik atau sekadar kosmetik! Mungkin sasaran itu tampak lebih realistik dan kurang plastik.

Nah~ 67,678 pelayar/pembaca.



Aku pun nak main dengan nomborlah. Menjelang ulang tahun ke-4 blog misisitukangtulis, Hitam Putih Kehidupan, TT mensasarkan 80,000 pembaca melayari blog ini. Sekian!

Sebenarnya nk ucapkan Salam Aidil Adha. Selamat berkorban. Korbankan ego & kejahilan.. moga hidup lebih dilimpahi keberkatan & ketenteraman hendaknya.

TT - Ini KPI okay~ Kalau tak ucapkan selamat tinggal kepada dunia blogging! Propaganza kan

Sunday, October 21, 2012

Tahniah Kelantan!

Tahniah atas kejayaan treble. Bojan Hodak menamatkan badi 10 tahun jurulatih import setelah Ken Worden melakukamnya tahun 2002 membimbing Selangor menjinakkan Sabah.

Juga hadiah kepada Sultan Muhammad V sempena ulangtahun keputeraan baginda bulan depan. Tidak lupa sempena genap 22 tahun kerajaan di bawah kepimpinan ulama'. 21 Oktober 1990 - 21 Oktober 2012.

Tahniah kepada semua. Pemain, Pengurusan, kerajaan negeri yang awal-awal bagi cuti & semestinya pemain kedua belas..penyokong TRW. Apa-apapun..layan saja "dikir barat" ini...

TT: mat yo & afiq azmi trending.. setaraf rooney & RVP malam ni

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, October 19, 2012

Piala Malaysia 2012

Perang saraf atau perang psikologi bermula. Maklumlah.. menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2012. Mentang-mentanglah Tentera ataupun ATM yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir, maka kena berperang & gerak gempurlah~

Menyaksikan Juara Liga Super menentang Juara Liga Perdana. Adakah perlawanan seumpama Manchester City menentang Southampton?? (MC menang 3-2, MU pun menang 3-2). Kali pertama perlawanan sebegini berlaku pada tahun 2005 di mana Selangor (Juara Liga Super) mengalahkan Perlis (Juara Liga Perdana) 3-0

Dan... perang psikologi bermula sebegini...

a) Faktor Hai-O


3 tahun terakhir ini, Hairudin Omar berjaya memenangi Piala Malaysia melalui pasukan yang berbeza. 2009 bersama N9, 2010 bersama Kelantan, dan 2011 bersama N9 semula. Dan.. tahun 2001 Hai-O pernah menang Piala Malaysia bersama pasukan Terengganu.

b) Marlon Alex James (MAJ)


Tahun 2007 & 2008 menyaksikan pasukan Kedah meraih gelaran treble 2 tahun berturut-turut. Dan pad tahun 2007 isteri MAJ sedang mengandung anak pertama. Dan tahun ini, isteri MAJ juga mengandung anak yang seterusnya. (Nota : Tahun 2009-2011 tiada penglibatan pemain import.)    

c) Bruno Martelotto


Bruno merupakan pemain import MPPJ Selangor yang memenangi Piala Malaysia pada tahun 2003 dan merupakan kelab bola sepak pertama yang memenangi Piala Malaysia. Adakah ATM akan menjadi kelab kedua yang akan memenangi Piala Malaysia ini??

d) 2009 - N9
    2010 - Kelantan bersama B. Sathianatan
    2011 - N9
    2012 - Kelantan atau B. Sathianatan ??


Jadi, ATM merupakan favourite untuk memenangi Piala Malaysia. Gandingan MAJ & Bruno begitu ampuh. Kan MAJ penjaring terbanyak setakat ini dengan 10 gol. Lagipun Kelantan pakai jersi away, warna putih berbanding ATM pakai jersi merah! Kelantan tak perlu tertekan. Main dengan tenang. Bukannya juara bertahan pun. Lagipun Ghaddar & Farhan tak dapat beraksi. Nak harapkan Mat Yoe, Piya & Afiq Azmi je lah.

Ya.. Afiq Azmi! Adakah pemain ini akan bersinar. Digelar Neymar Klate.. adakah berbaloi pinjam bekas pemain Kuala Lumpur ini. Mungkin ramai tak tahu, ketika mula sampai di Kot Bharu kereta Afiq telah dibawa lari. Nasib baik berjaya dikesan semula.


e) Bojan Hodak



Adakah Bojan Hodak akan menamatkan badi 10 tahun jurulatih import memenangi Piala Malaysia setelah Ken Worden melakukannya kali terakhir tahun 2002 setelah membimbing Selangor menundukkan Sabah? TEET~
 
Apa-apapun.. semua orang harapkan permainan yang cantik. Bukan? Dan buat penyokong tegar TRW, hayati apa pesanan MB kita, TGNA. Bola-bola juga.. solat jangan lupa. Wanita pakailh pakaian yang mencerminkan jati diri. Dan jaga disiplin. Jange nok pekong-pekong jah !

TT : Apa kes.. KAFA didenda 40K sebab baling botol mineral. Perak (15K sebb mercun juga), Terengganu (10K sebab mercun), Sarawak (1K sebab mercun), N9 (5K sebab baling botol minuman dan cili boh). Nampak tak double-standard di situ?? Sumber

Selalunya yang berjaya mesti banyak halangan kan??


Monday, October 15, 2012

LLJ Oktober 2012

Lagu apa yang menjadi-jadi kebelakangan ini? Berikut pilihan TT :

Aliff Satar - Pendusta
Amir Jahari - Penghibur Jalanan
Judika - Aku Yang Kau Sakiti
Noah - Separuh Aku
Klangit - Dia Lydia
Once - Hilang Naluri
Sammy Simorangkir - Aku Kembali
Astrid - Tentang Rasa
Ungu - Sayang
Hazama - Aku Mahu Dia
Pop Shuvit - Mimpi Terakhir Dunia
Peterpan/Noah - Cobalah Mengerti ft. Momo Geisha
Mizz Nina - Summer Burning
Azlan & The Typewriter - Tanda Tanya
Arrora Salwa - Kau Tak Menarik Lagi

Sunday, October 14, 2012

A man, a husband & a father


A man..
Lay on the road       
Nothing much to be proud  
With a less height of achievement
Short of effort...null accomplished mission
  I am the man with an incomplete package
So not worth it to be taken

Men..
You are not perfect
Nothing to expect
Neither to rely
As time goes by..
You are still the same man
Lay on the road

A husband..
The person to rely on
The shoulder to cry on
Loads of burden to carry on
Hey.. just bring it on    
I will turn on    
Come on...move on...
Leave the road alone

House brand
Need a hand
Even you are a handy man
Pretending to be a problem solver
Yet the problem goes around & comes around
The consequences is your responsibility
Resolve it beyond expectation
Take action across the limit
 
A father
You are the bread-winner
Potential energy to discover
Thoughts of love to ponder
It will be greater...
If you are more than a father.
 
Farther..
Give them a favour
You will be the saviour
Upbringing the kids and desire
Away from the sway
Ensure the right way
Barrier is just a yay or nay
                 
A man, a husband & a father...
The destination is clear
Keeping the distance
Follow the right trail
Yet you are on the right track
 
Now you are not lying anymore
Now you are not laying anymore
No more on the road
Nothing to download
No boundaries
No women no cries?
Let the imagination runs wild  
Indeed man is inside woman

Dear women in my life..
I love you..
Love you more..
More than you know...


AMAH ANDAF - 14th October 2012, sayang's birthday :)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, October 11, 2012

Filipino soap - Dahil May Isang Ikaw



Ini bukan trailernya. Cuma lagu tema. Drama bersirinya mungkin mencecah 100 episod.

Ya! Ini adalah kegilaan terbaru kami suami isteri. Layan telenovela Filipina ni. Memang aku layan cerita macam Pangako Sayo, Kay Tagal, Sanay Walaa Nang Wakas.

Lebih-lebih lagi gandingan romantis Jericho Rosales & Kristine Hermosa. Sama juga pasangan John Loyd Cruz & Bea Alonzo. Ala-ala SRK & Kajol, Aiman Hakim & Ixara Aishah, Aaron & Maya gitu.

Tambahan pula ia menggabungkan pelakon Kay Tagal & Sanay Walaa. Memang meletop lah. Lagipun telenovela Filipina tak seindah fantasi Bollywood.

Mereka paparkan realiti hidup mereka. Daif, susah kerja, jenayah, memiliki senjata hatta bunuh nyawa orang main-main je. Di situlah terletaknya keunikan mereka.

Maka..tak layan la cerita Korea k-pop bagai. Klise~ Terima kasih Astro PVR! Rakam jangan tak rakam... Layan je trailer drama bersiri Filipina ini.

TT: tahniah Bunohan..tercalon peringkat awal, 70 terbaik Filem Bahasa Asing Terbaik OSCAR!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, October 4, 2012

Parody Adam & Hawa - Chegu Man

Tak perlu cakap banyak kan?? Sedia untuk gelak guling-guling? Serius kelakar parodi ini. Kreatif ya amat! Miming kena dgn gerak bibir.. (p/s: Cikgu Shida ada pencabar la ni..)


Wednesday, October 3, 2012

Top 5 AIM 19

Berikut merupakan senarai akhir yang telah berjaya membolosi Top 5 bagi Anugerah Industri Muzik 19 yang akan berlangsung pada 17 Nov 2012 dan akan diadakan di Stadium Melawati. Senarai penuh pencalonan akhir Anugerah Industri Muzik 19 telah diumumkan dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.

p/s : Yang dibold merupakan pilihan TT selaku pemenang

Artis Baru Terbaik

1.    Keroz Nazri (Suatu Hari Nanti)
2.    Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
3.    SalamMusik (Alamak feat Altimet)
4.    Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)
5.    The Malayan (Aku Bukan Lagenda)

Tercicir ? Iz OIAM, Najwa Latif, Ainan Tasneem, Klangit, Forteen, Jimmy Palikat, Amir Jahari, Akim, Diandra Arjunaidi, Iamneeta, Ahdan

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

1.    Azlan & The Type Writer (Idola)
2.    Faizal Tahir (Buta)
3.    Hazama (Majnun)
4.    Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
5.    Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)

Tercicir? Shahir(Aku Yang Berdosa), Aizat (Jerrypah), HyperAct (Harapan), Nubhan (Picisan), Ahdan (Permaisuriku), Aliff Sattar (Abdul), Sabhi Sadhi (Waktu)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

1.    Jaclyn Victor (Counting Days)
2.    Nora (Doa)
3.    Shila Amzah (Patah Seribu)
4.    Siti Nurhaliza (I Cry Out)
5.    Jaclyn Victor (Jagalah Diri)

Tercicir? Yuna (Terukir Di Bintang), Suki (Terlalu Mencintaimu), Najwa Latif (Kosong), Misha Omar (Angin Syurga), Ayu Damit (Flora Cinta), Liyana Fizi (Jatuh)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu

1.    Firdaus (Saat Terindah)
2.    Forteen (Seperti Dulu)
3.    GX4 (Kerana Kasihmu)
4.    Prince of Pop (Main Jauh Jauh)
5.    SleeQ feat Ramlah Ram (Sesaat Kau Datang)


Tercicir? Anak Kampung (ONE ft. Jimmy Palikat), Untuk Dia (Sleeq ft. Najwa Latif), Amylea, Mira Tilu & Roman - Wujud (OST 7 Ramadhan)

Kulit Album Terbaik

1.    Anuar Sujud (Raunajud) – Filsuf (Muka Surat Satu)
2.    Sanjay – Hujan (Sang Enemy)
3.    Wing Meng – Love Me Butch (World Wide Transgression)
4.    Even Odds Sdn. Bhd. – MizzNina (Take Over)
5.    Zul Amran Hilmi – Yuna (Terukir Di Bintang)

Rakaman Album Terbaik

1.    Hafiz Hamidun/CL Toh – Hafiz Hamidun (Zikir Terapi Diri)
2.    Eddie Slam/Greg Henderson/Voodoo/Illegal – Jamal Abdillah (Raja Pop 2)
3.    Edry Hashim/Manusia Putih/Cat Farish – Kat Hassan (Menggoda)
4.    Rahmad Ayob – Nora (Hikmah)
5.    Azlan Abu Hassan/Lee Stephen/Arief Renald – Shanel (Perjalanan)

Video Muzik Terbaik

1.    Sahak – Firdaus (Kerna-nya Aku Menolakmu)
2.    Michael Weicker/Marcus Weicker – Goldfish and Blink (Bila Seharusnya feat Noh Saleh)
3.    Ghaz Abu Bakar – Stacy (Pelangi Senja)
4.    Jeremy Zainal – Suki Low (Terlalu Mencintaimu)
5.    Quek Shio Chuan – Yuna (Sparkle)

Tercicir? Liyana Jasmay (Cinta Bersatu)

Lagu Pop Etnik Terbaik

1.    Endang Endong Cintaku Satu (Wan Mohammad Logan/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
2.    Hari Demi Hari (Mohd Shahril/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
3.    Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
4.    Mahligai (Helen Yap/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
5.    Menarik Hati (Asmin Mudin/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris

Lagu Nasyid Terbaik

1.    Asmaulhusna (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Mawi
2.    Allah (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Hafiz Hamidun
3.    Garisanmu (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Izzat Mahadi
4.    Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) – Nora
5.    Erti Al-Fatihah (Johan Nawawi/Johan Nawawi) – Voice of Ummi

Tercicir? Al-Mawlid (Cahaya Seluruh Alam)

Lagu Rock Terbaik

1.    Idola (Audi Mok/Dark) – Azlan & The Type Writer
2.    Buta (Audi Mok/Faizal Tahir) – Faizal Tahir
3.    Simetri (Audi Mok/Omar K) – Hazama
4.    Mati Senyap (Stone/Zizie Hashim) – Silent Death
5.    Bebas (Sam) – The Azenders

Tercicir? Estrnged (Baru), Hujan (Rumah Kita), Pesawat (Ibu Kota Bandaraya)

Lagu Pop Terbaik

1.    Sebelah Jiwaku (Edry Abdul Halim) – Jaclyn Victor
2.    Harapan (Hyper Act/Frozen) – Hyper Act
3.    Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
4.    Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna
5.    Jagalah Diri (Edry Abdul Halim) – Jaclyn Victor

Tercicir? Kosong (Najwa Latif), Permaisuriku (Ahdan), Dejavu (Shila Amzah), Lelaki Seperti Aku (Aliff Sattar)

Lagu Hip Hop Terbaik

1.    Teman Pengganti (Malique) – Black & Malique
2.    Sendiri Di Kuala Lumpur (Belle Fatah/Filsuf/Bob Yusof) – Filsuf
3.    Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs/Malique) – Jamal Abdillah & Malique
4.    Just You And Me (Saph/Shazrina Azman) – MizzNina
5.    Tenang Sayang (DJ Jocular/Saph & NBE) – SSK

Tercicir? Zizan ft. Dina (Selamat Tinggal), Zizan ft. Kaka (Bawaku Pergi), Bangkit, Bangun Harimau Bangun

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

1.    Memo (Yuna) – Yuna
2.    Counting Days (Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/Lin Li Zhen) – Jaclyn Victor
3.    Stand Up (Bryan Bouro) – Siti Nurhaliza
4.    Haircut (Sarah Zainal Abidin) – ZE!
5.    Photo Of You (Yuna) – Yuna

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara

1.    Tentang Rasa (Astrid)
2.    Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
3.    Aku Bersahaja (Rossa feat Taufik Batisah)
4.    Ku Pinang Kau Dengan Bismillah (Rossa feat Ungu)
5.    Aku Kembali (Sammy Simorangkir)

Tercicir? Sedang Apa & Di Mana (Sammy), Aku Yang Tersakiti (Judika), Hilang Naluri (Once), Dadali (Di saat aku mencintaimu), Maher Zain (Kumilikmu)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

1.    Arman,  Alex, Aye, Rifai & Andy (OST Gerimis Mengundang – Brenda & Budi)
2.    Aubrey Suwito (Counting Days – Jaclyn Victor)
3.    Edry Abdul Halim (Kasanova – Stacy)
4.    Azlan Abu Hassan (Bertemu Di Syurga – Stephen Rahman Hughes)
5.    AG Coco (Terukir Di Bintang – Yuna)

Album Terbaik

1.    Sang Enemy (Noh Salleh/AG Coco – Hujan)
2.    Hikmah (Johan Nawawi – Nora)
3.    Take Off (Pesawat - Pesawat)
4.    SalamMusik (Salam – SalamMusik)
5.    Stay-C (Muhammad/Kunci Demak – Stacy)

Tercicir? 6ixth Sense (album relegi, nyanyikan semula lagu nasyid)


Pecahan Pencalonan-

1.     Yuna (6)
2.     Jaclyn Victor (6)
3.     Nora (4)
4.     Stephen Rahman Hughes (3)
5.     Azlan & The Type Writer (2)
6.     Faizal Tahir (2)
7.     Jamal Abdillah (2)
8.     Siti Nurhaliza (2)
9.     Shila Amzah (2)
10.   Hujan (2)

Tuesday, October 2, 2012

Teman Pengganti



Ini dia video muzik yang menarik. Ada mesej & jalan cerita. Banyak isi dan makna yang tersurst dan tetsirat. Membawa mesej kematian. Lebih-lebih lagi Malique sendiri terpalit kontroversi dikatakan sudah mati sebab barah otak.

Apa-apapun.. video klip ni secara tak langsung mempopularkan Anzalna Nasir atau Dee (Adam & Hawa). Dan melodi lagu ni seakan-akan lagu Noorkumalasari, Hati Seorang Kekasih!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, October 1, 2012

CDC September 2012

Nampak gayanya.. bentuk & gaya penulisan artikel CDC Ogos 2012 menerima reaksi yang positif. Jadi, apa kata teruskan saja bentuk penulisan "teringkas" ini. Ini dia 10 berita paling hangat sepanjang September 2012 untuk disiasatkan :

1. BAJET 2013
2. Kementerian Pelajaran Malaysia - Sistem Pendidikan Baru  & Garis panduan mengenalpasti kecenderungan pelajar ke arah LGBT
3. Innocence Of Muslims - Demonstrasi UMNO vs PAS (vs DAP)
4. Pilihan Raya Kampus (PRK) - Pro-Aspirasi vs Pro-Mahasiswa
5. Prince Williams & Kate Middleton datang Malaysia
6. Emmy Awards - Homeland, Modern Family menang besar
7. Filem tempatan ; Untuk 3 Hari - isu cerai Vee-Rashidi, Hantu Kapchai - box-office
8. Bola sepak tempatan; The Red Warrior tersingkir AFC aggregat 6-2 kalah kepada kelab Iraq, Arbil FC , Vietnam 2-0 Malaysia
9. UM tak perlu pembaca doa, mulakan majlis dengan Al-Fatihah
10. Kejadian pelajar Malaysia maut di luar negara

Dan berikut 10 nama/projek/produk/isu yang menjadi Wajah September 2012 :

iPhone 5
Shila Amzah - Juara Asian Wave 2012 di China
Belasungkawa Arwah Ghani Minhat - Alfatihah~
Malique meninggal? - Teman Pengganti ft. Black
Paralimpik London; Hasihin Sanawi & Ziyad Zolkefli sumbang pingat
Adam & Hawa versus Trilogi Cinta 2 versus Waris
Dr. Zakir Naik - pemidato Islamik
Amanda Fong - mangsa pukul
Ngeh Koo Ham dikecam
SUARAM - Soros??