Hebahan

Saturday, July 21, 2012

Selamat...

Alhamdulillah. Sempat bertemu Ramadhan kembali. Selamat menunaikan ibadah puasa & selamat berpesta ibadah. Selamat segala-galanya... Semoga semuanya selamat hendaknya ♥

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 16, 2012

Drama sebabak...


Telengkan kepala.. cuba fahami...

Pasti jadi begini... Sweet & creative~




Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 15, 2012

LLJ Julai 2012


Ini dia..tulisan sebenar si tukang tulis. Ada gaya doktor tak?
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 8, 2012

Instagram

Ya.. alhamdulillah :)

Akhirnya... aku sudah ada akaun Instagram. Atas nama misisitukangtulis lah. Penting sangat ke Instagram ni?

TEET~ Jawapannya.. selaku seorang blogger ataupun wartawan indie.. Instagram ni kiranya berblog dengan sekeping gambar (yang disertakan sekali caption yang catchy). Kiranya macam micro blogging juga lah. Twit & trending gitew~

Mudah .. dan pantas. Sekaligus mengiakan.. "a picture tells a thousand words, yet tells a thousand thoughts". Jom tengok beberapa keping gambar yang sudah diterbitkan.











Friday, July 6, 2012

Maharku Untukmu...



Pagi-pagi Jumaat yang hening sebegini.. tersentuh hati menghayati senikata lirik lagu ini. Ni semua gara-gara Cerekarama dengan tajuk yang sama. Lakonan hebat Adi Putra, Nabila Huda, Norish Karman dll.

Hati nurani lelakiku tersentuh..cuma jalan cerita boleh disusun atsu digarap dengan lebih kemas lagi. Salam sayyidil ayyam~
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 5, 2012

Sambungan lakonan Apek (Khairul Fahmi)


Hari tu tergantungkan ceritanya..? Nah..ini dia sambungannya. Oh, iklan Puma rupanya. Apek kan ambessadornya..patutlah Mahalli Jasuli pun ado.. Apa-apa pun..lakonan Apek dah ala ala Stephen Chow kan?
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 4, 2012

Yuna... mewarnai lagu ini


Cubaan baik daripada penyanyi baru Guba yang turut menampilkan Yuna. Lagu ni ala ala Jason Mraz punya lagu... Kan?
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 1, 2012

CDC JUN 2012

Berikut.. 10 berita CDC sepanjang Jun 2012. Sekejap saja bulan Jun bermakna sudah setengah tahun berlalu.. Maka, ada sesuatu yang menarik di penghujung carta untuk pembaca setia.

1. Presiden Mesir baru! Tahniah~

Dr. Muhmmad Mursi - bekas jurutera..pernah meringkuk dalam penjara..kini Presiden baru Mesir yang dipilih secara sah melalui pilihanraya.

 



Maka, adakah pintu sempadan Palestin-Mesir akan dibuka dengan bebas??

TT - Isu pembunuhan umat Islam Rohingya di Myanmar. Bagaimana nasib saudara seagama kita di sana?? Info lebih lanjut boleh klik sini. Dan di sini. Bukti anda peduli.

2. Bola Sepak!

Euro 2012

Sudah sampai kemuncaknya...


Ternyata menjadi milik BaloITALI. Super Mario?? Atau.. ITALI itu sejenis sayur?? Ya! Tahniah Sepanyol. La Viva Espana. Mencipta sejarah memenangi 3 kejohanan berturut-turut. Ternyata kerjasama BERKUMPULAN membuahkan hasil. 4-0 beb. Torres pun sumbat gol!



Bola sepak kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun

Bertempat di Myanmar. Maka muncul sebutir bintang dari Sabah, Rozaimi Abdul Rahman. Top scorer ok! 9 gol setakat ini. Tok arab pun kalah.



TT - Nantikan SUKMA di Pahang

Perlawanan persahabatan kelas A menentang Singapura

Safiq Rahim dan Shakir Ali wira negara. Shakir Ali trending uols~


TT - Banyak S! Banyak pemain yang perform bermula dengan huruf S! Safee Sali, Safiq Rahim, Shahrul Idlan Talha, S.Chanturu, S.Kunalan dan ssssss lagi!

Sah! Kelab bola sepak Inggeris akan ke Malaysia Julai nanti


QPR versus TRW (ataupun The Red Warrior/ Kelantan) 20 Julai 2012 di Shah Alam

DAN


Arsenal melawan Malaysia XI (24 Juli 2012)

TT - Padan kali..tahun lepas dah gi. Bulan poso plak tuh~ Tak sabar tunggu TRW dinobat juara Liga Super buat tahun kedua berturut-turut.

3. Tahniah! 

Tahniah atas pelantikan Aireen Omar, CEO Airasia Malaysia 


Shebby Singh Pengarah Bola Sepak Blackburn


Azree Shahril Ahmad Nazri selaku felo penyelidik Matematik Gunaan Universiti Cambridge (lepasan UPM yang pentingnya). Info lanjut mengenai anak watan Terengganu ini di sini.


TT - Sah! Rafizi Ramli mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Nak tumpu beribadah di bulan Romadhon katanya...~

4. PETRON

Secara rasminya pada bulan Jun 2012, stesen minyak jenama baru (baru ker?) telah 'menjelma' terutama sepanjang Lebuhraya KL-Seremban. Hakikatnya...penjenamaan semula ataupun rebranding kaedahnya uols.. gara-gara saham Esso Malaysia dibeli syarikat dari Filipina. Apa? Filipina? Memang betul.. Sila tanya incik gugel~ Adakah ada kaitan dengan Sam Miguel bagai?


TT - Radio Hot.FM dah bertukar-tukar segmen pulak. Siap rebranding akhirnya.. Muzik paling hangat! Choy~

5. Takziah! ALFATIHAH~


Takziah kepada keluarga arwah Ustaz Yahya Othman, mantan Ahli Majlis Syura Ulama' PAS. Dan juga takziah atas pemergian pelakon, arwah Osman Kering.


TT - Teringat gara-gara orang sebarkan "berita palsu" secara mudah sebab segalanya di hujung jari. Facebook, Twitter terutamanya. Sekejap sahaja trending sehingga ada berita palsu "kematian" Remy Ishak!

6. Trending!


Itulah ayat yang kerap berulang dalam entri ini. (kalau korang perasan) Apa ke benda tu? Malas nak ulas panjang lebar.. Baca balik entri lepas di sini.

Jadi.. apa tajuk yang trending?? Contohnya seperti Rosmah Gengster, #gantinamafilemdenganrosmah (contohnya; Rosmah dlam botol, Hantu rosmah balik rumah, Rosmah sengal dll), Karl Shfek, Shakir Ali, UnitenGua dan Instagram serta macam-macam lagi.

DAN... Macam-macam lagi.. anda twit sendiri ya!

TT - Malaysia diiktiraf paling selamat lagi sekali?

7. Tarik tali (PTPTN dan ...)


Ekoran "pendidikan percuma" yang ditawarkan kerajaan PR. Nah, amek ubat! Mahasiswa UNISEL (bawah kerajaan Selangor) telah dibekukan. Tetapi MB Selangor pun bijak.. maka jadilah sinopsis sketsa "bujang lapok" di bawah :P



Seterusnya.. isu WWW15 dikatakan diberi percuma (lagi menghina institusi di-raja) tetapi dinafikan pula. Main tarik tali juga ni...emm. Sedangkan MB Nizar tak mention apa-apa, siapa pun telah dipanggil untuk siasatan. Macam mana pula dengn kartun Kosmo ini? Hina kan?


TT -  Skandal Scorpene tak selesai lagi..muncul pula skandal LRT Ampang. Maka..PRU13 lambat lagilah~ Memang main tarik tali PM kita. Sebijik soalan "bila nak kahwin" kepada yang bujang trang tang tang!


8. 3 Berita rencam~

Ini kes tak cukup bahan berita lah ni. Maka, terimalah 3 berita rencam yang bersepah secara rawak.

i) Ada cadangan supaya umur ke sekolah Darjah 1 bermula 5 tahun DAN pencen berakhir di usia 60 tahun. Maka.. 55 tahun hanya untuk dunia je ke?

ii) Tahniah Irma Hasmie atas walimah. Busana yang menepati tuntutan agama. Ini dia buktinya...


iii) Penyanyi dikir barat (LGBT) Kajol aka Mohd Hafiz Jefri, 26 tahun mula berubah. Alhamdulillah :) Info lanjut di sini.


Nak kenal Kajol lebih mendalam. Tengok persembahannya ini. Satu. Dua. Tiga. Enjoice~

TT - Wartawan celah pasu sangat bulan ni.. choy~

9. Produk terbaik 2012 (Produk Terbaik 2011 pilihan TT di sini )

Setakat Jun 2012, berikut merupakan produk 2012 pilihan TT. Adakah produk tersebut akan terpilih sekali lagi?? Nantikan entri Produk 2012.

Vanilla Coklat
Oh, My English
Bunohan
Sketsa JoHaRa - Johara Pagi@ERA
Project Pop
Masterchef Selebriti Malaysia
Versus
Kosong - Najwa Latif
One Direction
Jangan Ambil Padang Kami



TT - Isu padang PKNS memang sengaja diperbesarkan. Dibah Lori (Neelofa) tak masuk senarai ya!

10. Trilogi sendu

Perseteruan antara 3 retis sendu. Buang karan... buang masa je. Sampai presiden Seniman yang baru pun masuk campur


Tiba-tiba si Ixara Aishah pula nak ulas isu Neelofa-Anzalna. Ni namanya menangguk di air keruh. Tapi, secara faktanya, peserta Dewi Remaja 2009/2010 (yang dimenangi Lofa, Ixara nombor 2) menyerlahkan beberapa nama lain seperti Anzalna, Ramona Zam Zam dan  Zarina Jamalullail (baru saja muncul dengan filem Aku, Kau & Dia). Beliau kini sudah berhijrah (berkeluarga dan bertudung). Batch diorang memang lawa-lawa dan menjadi. Dan... Pekin siap lancarkan buku Memoir Bukan Memoir~


TT - Lebih teruja menantikan tayangan Trilogi Cinta 2 yang dilancarkan serentak bersama novelnya sendiri

p/s - Tak nak reveal ke Wajah 2012? Jeng jeng jeng~ Awal lagi.. tapi beberapa nama dah masuk senarai.

Apek berlakon?


Berbakatkah? Boleh ler...layan aje
Published with Blogger-droid v2.0.6